Thursday 27 February 2020

MODEL PENCERITAAN "KELUARGA": BUKU KAJIAN WACANA


Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-Kanak

[1] Keluarga
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.



Haii semua…Semua sayang keluarga kan? Begitu jugalah saya. Saya sayang keluarga saya lebih dari segalanya. Saya suka menolong keluarga saya melakukan kerja. Dengan pertolongan saya, saya yakin dapat meringankan beban mereka. Saya suka membuat mereka gembira. Apa sahaja yang membuatkan mereka gembira saya akan lakukan. Begitu juga jika diminta melakukan sesuatu. Sebagai contoh, pergi ke kedai membeli keperluan untuk sama-sama masak tengah hari. Saya juga suka memasak jadi jika disuruh masak saya akan segera penuhi. Saya juga suka mencuba resepi baharu dan saya suka berikan kepada keluarga saya untuk merasai masakan saya. Sebagai contoh, saya cuba memasak “corndog” versi saya dan saya berikan kepada ahli keluarga saya rasa.

Selain suka menolong keluarga saya, saya juga menjaga budi pekerti ketika bersama keluarga dan orang-orang sekeliling. Saya akan menjaga akhlak ketika berada diluar rumah. Akhlak yang baik diajar oleh ayah kepada kami supaya sentiasa menjaga nama baik keluarga. Saya sentiasa berhati-hati menjaga budi pekerti ketika bersama keluarga atau diluar.

Jika ada waktu cuti hujung minggu atau cuti perayaan saya akan pulang ke kampung. Saya akan berusaha menyelesaikan kerja yang ada secepat yang mungkin untuk saya pulang ke rumah. Saya sayang keluarga saya kerana mereka sentiasa ada bersama saya ketika saya memerlukan mereka. 

No comments:

Post a Comment