10
cara menulis blog dengan baik menurut Normaliza Abd Rahim (2014).
1. Tajuk yang
menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik
yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat
yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan
terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan
penulisan anda dengan berita terkini .
6. Gunakan
perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca
dan difahami.
8. Dapat
berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral
dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk
penulisan pendidikan.
Dengan menggunakan
10 cara ini anda dapat menghasilkan blog yang baik serta bermanfaat kepada
orang lain. Cara-cara ini juga melatih anda untuk menghasilkan sesuatu yang
menarik minat pembaca dari pelbagai lapisan umur. Selain itu, jika anda membuat
blog berkaitan terjemahan contohnya menterjemah Bahasa Arab kepada Bahasa
Melayu dengan cara menarik akan membuatkan pembaca ingin terus mengikuti
perkembangan blog anda. Sebagai contonya, anda menggunakan tajuk yang menarik
dan memasukkan ayat humor ke dalam blog. Anda juga boleh menggunakan grafik dan
animasi untuk menjadikan bog anda lebih menarik. Kebanyakan pembaca juga lebih
suka membaca perkataan-perkataan yang ringkas tetapi difahami jadi jika anda
menggunakan cara ini anda dapat menarik minat pembaca. Selain menyampaikan ilmu
anda juga boleh memasukkan berita terkini untuk menambah pengetahuan pembaca. Cerita-cerita
terkini yang menjadi bualan hangat juga anda boleh ceritakan di dalam blog
anda. Penggunaan tajuk yang menarik bagi cerita yang hangat juga amatlah
membantu untuk seseorang pembaca membaca blog anda. Disamping bercerita tetang
topik hangat yang negatif atau positif anda juga boleh memberikan atau
memasukkan nilai-nilai moral dan estetika supaya dapat dijadikan pengajaran. Penggunaan
Bahasa yang menarik dan baru yang mengikut perkembangan semasa juga dapat
menarik perhatian pembaca. 0leh itu, cara-cara ini mampu menjadikan sebuah blog
yang baik.
Rujukan
Noraien Mansor
& Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: UMT
Publisher.
Normaliza Abd
Rahim (2014). Ehh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: UMT Publisher.
No comments:
Post a Comment