Cerita Sosial 1:
Nenek dan Datuk
Alim dan keluarga
pulang ke kampung untuk melawat datuk dan nenek. Alim suka bermain dengan ayam
dan itik yang ada dirumah datuk dan nenek. Setibanya di kampung Alim terus
mencari ayam dan itik. Alim pergi ke reban tetapi ayam dan itik tiada di situ.
Alim menangis dan marah kerana tidak jumpa mencari ayam dan itik. Keluarganya
yang lain sibuk mengangkat barang keluar dari kereta. Nenek yag melihat Alim
menangis terus mendekati Alim. Nenek bertanya kenapa Alim kenapa menangis dan
Alim berbisik kepada nenek yang ayam dan itik sudah tiada. Alim menyangkakan
ayam dan itik sudah mati. Kemudian nenek menunjuk ke arah ayam dan itik di
dalam reban yang baru dibuat oleh datuk yang tidak jauh dari reban lama. Alim
gembira tetapi masih keliru. Alim dan nenek berjalan ke reban baru. Alim
bermain dengan ayam dan itik tanpa mengendahkan datuk dan nenek. Setelah puas
bermain Alim masuk ke dalam rumah dan sekali lagi Alim menangis kerana melihat
keadaan rumah yang lain dari biasa. Nenek cuba menenangkan Alim dengan
menceritakan setiap perabut yang diubah tempat. Barulah Alim berhenti menangis
dan sama-sama menonton televisyen bersama adik beradiknya. Ibu dan ayah serta
nenek dan datuk sedih melihat kelakuan Alim namun cuba untuk menolong Alim.
Rujukan
Normaliza Abd
Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala
Terengganu: UMT Publisher.
No comments:
Post a Comment