Thursday 20 February 2020

KELUARGA SAYA



       Bercerita tentang keluarga, keluarga saya merupakan keluarga yang sederhana. Kami sekeluarga menetap di Pahang. Ayah saya merupakan seorang peneroka FELDA dan ibu saya seorang suri rumah. Oleh kerana kami menetap di FELDA, ibu dan ayah mengajar kami untuk selalu bergaul dengan jiran-jiran. Ibu saya juga suka masak dan memberi kepada jiran. Kadang kala ibu masak dan menjemput jiran-jiran saya datang ke rumah untuk menjamu selera. Ibu mengajar saya untuk selalu memberi kepada orang.
    Saya mempunyai tujuh adik beradik. Walaupun sudah hampir kesemua ahli keluarga saya sudah berkahwin tetapi ikatan kekeluargaan kami sangat erat. Setiap tahun kami akan bercuti bersama-sama, meluangkan masa bersama dan melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik bersama-sama. Ahli keluarga saya yang berkahwin juga sering pulang ke kampung melawat ibu dan ayah. Kesemua keluarga saya sudah mempunyai kerjaya masing-masing. Kakak saya yang sulung merupakan seorang guru, abang saya yang merupakan satu-satunya lelaki dalam keluarga, membantu ayah menguruskan perniagaan, kakak yang ketiga mempunyai kedai sendiri, kakak keempat dan kelima kedua-duanya merupakan jururawat dan kakak saya keenam baru mengabiskan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan sekarang dia bekerja sementara di IOI sebagai kerani. Melihat kejayaan mereka, saya juga turut bersemangat untuk mengahabiskan pelajaran di UPM dan mencari pekerjaan serta membantu keluarga. 



No comments:

Post a Comment