Thursday 5 March 2020

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia.




Genre pengajian kesusasteraan yang dikaji ialah puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Peratusan yang paling tinggi bagi kesemua genre ialah cerpen pendek. Responden menyatakan blog merupakan medium terbaik untuk menulis cerpen pendek. Selain itu, cerpen pendek juga dapat meningkatkan kemahiran menulis serta cerpen pendek senang untuk ditulis maka penyampaian yang disampaikan dalam cerita akan difahami oleh pembaca. Disamping itu, cerpen pendek juga dapat meningkatkan daya berimaginasi dan meningkatkan motovasi dalam penulisan.


Penulisan blog juga digunakan sebagai alat dalam pembelajaran Bahasa. Terdapat tiga jenis pembelajaran Bahasa iaitu penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis (teka-teki). Peratusan yang paling tingggi bagi responden lelaki ialah melakukan pemikiran kritis. Hal ini kerana, responden lelaki lebih berminat dalam membuat dan menjawab teka-teki. Mereka menjadi teruja untuk menyelesaikan teka-teki dalam blog mereka. Responden wanita pula lebih berminat dalam meluahkan perasaan. Hal ini keran wanita lebih bersifat sentimental. Mereka menjadikan bloh sebagai medium untuk meluahkan perasaan. Selain itu. Mereka juga berpandangan blog akan mendedahkan mereka kepada perkara peribadi seseorang. Mereka suka membaca dan ingin mengetahui apa yang dirasai oleh rakan mereka. Responden lelaki lebih suka untuk berkongsi tetang bola sepak sahaja.


Akhir sekali, penulisan blog membantu di dalam proses pembelajaran teknologi. Terdapat tiga jenis perkara yang melibatkan teknologi di dalam blog iaitu video, audio dan gambar. 100% responden lelaki dan perempuan suka memasukkan video dan audio di dalam blog. Video yang mereka masukkan ialah melibatkan klip video dan dokumentari. Mereka teruja untuk menyiarkan klip video di dalam blog mereka. Manakala bagi audio pula mereka lebih suka menyenaraikan lagu yang mereka suka. Mereka meletakkan audio senarai main lagu untuk memudahkan mereka merombak dan memilih lagu yang mereka mahu. Mereka lebih suka lagu sentimental.

Rujukan

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.


No comments:

Post a Comment