Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik


Nama kumpulan: Bulan Production
Nama Ahli Kumpulan:
1. Nazrul Bin Rapail ( 196202 )
2. Siti Hawa Binti Mohd Noor (196643)
3. Nur Nadiah Nadhirah Binti Romely (197003)
4. Mohamad Akhmar Ikmal Bin Hishamuddin (197345)
5. Nur Syawalni Atikah Binti Ahmad Rahmattullah (197358)
6. Noor Izzati Binti Samah (197684)
7. Siti Adlina Binti Razman (197828) (Ketua)
8. Nur Asiah Zahirah Binti Mohd Zuraidi (197832)
9. Nurul Izzatie Binti Ahmad (198060)
10. Mohammad Faiz Bin Abdul Munir (199816)

Aktiviti hari ini ialah mengenal pasti elemen-elemen asas grafik yang terdapat didalam grafik. Sumber grafik yang digunakan ialah majalah. Setiap gambar yang diambil daripada majalah haruslah diteliti elemen yang menjadi pemberat pemberat di dalam gambar tersebut. Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.


Ahli kumpulan Bulan Production
Nama ahli kumpulan


Penerangan dibuat oleh ketua kumpulan. Agihan kerja diberikan dan kerja-kerja dilakukan dengan cermat. 

                     
  Semua ahli kumpulan bekerjasama menjalankan aktiviti mencari dan menampal gambar-gambar yang berkaitan dengan asas grafik.1. MudahMudah bermaksud sesuatu gambar itu mempunyai mesej yang mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan. Gambar di bawah memperlihatkan sebuah kapal di lautan.

2. Warna

Warna pula memperlihatkan kombinasi warna yang sesuai dalam sesuatu grafik. sesuatu grafik wajar mempunyai sekurang-kurangnya 3 warna. Gambar dibawah memperlihatkan kombinasi warna yang menarik dan sekata.

3. Teks

Teks pula merujuk kepada jenis dan saiz font dalam sesuatu grafik. Gambar dibawah jelas menunjukkan saiz dan font dalam gambar tersebut menarik.


4. Kesesuaian

Kesesuaian merujuk kepada grafik yang sesuai dari segi latar seperti latar tempat, masa dan watak. Gambar dibawah memperlihatkan perabut di dalam gambar sesuai dengan ruang di dalam rumah iaitu di ruang tamu.

5. Keseimbangan

Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam foto. Ruang yang dimaksudkan ialah ruang kiri dan kanan serta atas dan bawah. Gambar dibawah menunjukan keseimbangan kerana tulisan yang berada di kiri seimbang dengan gambar di sebelah kanan. Ruang atas dan bawah juga seimbang.









No comments:

Post a Comment