Bapa Alim baru sahaja pulang dari pasar tani. Bapa
Alim membawa pulang buah-buahan tempatan. Bapa Alim tahu Alim sekeluarga
menyukai buah-buahan tempatan. Ketika menjamu selera ibu memberikan bakul
sampah yang telah disediakan untuk meletakkan semua sampah. Ibu Alim tidak mahu
rumahnya kotor dan bersepah. Ketika sedang makan Alim teringat akan kawannya
Sulaiman. Alim ingin memberi sedikit buah-buahan itu kepada Sulaiman. Alim
ingat pesanan ibunya untuk selalu berkongsi keran berkongsi sesuatu perbuatan
baik. Ibu Alim gembira kerana Alim ingat pesanan, Ibu Alim memasukkan buah
rambutan dan manggis ke dalam plastik untuk diberi kepada Sulaiman. Sulaiman
yang mendapat buah daripada Alim berasa sungguh gembira.
Selesai
makan, mereka sama-sama membersihkan rumah. Ketika Alim ingin membuang sampah
dia terserempak dengan mak Sulaiman iaitu Mak Cik Timah. Mak Cik Timah
mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi buah dan baik dengan
Sulaiman. Alim berkata dia suka berkawan dengan Sulaiman dan berkongsi adalah
perbuatan yang baik.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.
No comments:
Post a Comment