Model
Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-Kanak
[1]
Keluarga
Saya berasa puas
hati
Menolong ibu bapa
setiap hari
Bermula di pagi
hari
Sehingga malam
nanti
Ibu bapa yang
disayangi
Saya tetap
berhati-hati
Menjaga budi
pekerti
Keluarga saya yang
dicintai
Saya sayang ibu
dan bapa
Abang, kakak, adik
dan saudara
Mereka semua ada
bersama
Semasa saya
memerlukan mereka
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.
Haii semua…Semua
sayang keluarga kan? Begitu jugalah saya. Saya sayang keluarga saya lebih dari
segalanya. Saya suka menolong keluarga saya melakukan kerja. Dengan pertolongan
saya, saya yakin dapat meringankan beban mereka. Saya suka membuat mereka
gembira. Apa sahaja yang membuatkan mereka gembira saya akan lakukan. Begitu
juga jika diminta melakukan sesuatu. Sebagai contoh, pergi ke kedai membeli
keperluan untuk sama-sama masak tengah hari. Saya juga suka memasak jadi jika
disuruh masak saya akan segera penuhi. Saya juga suka mencuba resepi baharu dan
saya suka berikan kepada keluarga saya untuk merasai masakan saya. Sebagai
contoh, saya cuba memasak “corndog” versi saya dan saya berikan kepada ahli
keluarga saya rasa.
Selain suka
menolong keluarga saya, saya juga menjaga budi pekerti ketika bersama keluarga
dan orang-orang sekeliling. Saya akan menjaga akhlak ketika berada diluar rumah.
Akhlak yang baik diajar oleh ayah kepada kami supaya sentiasa menjaga nama baik
keluarga. Saya sentiasa berhati-hati menjaga budi pekerti ketika bersama
keluarga atau diluar.
Jika ada waktu
cuti hujung minggu atau cuti perayaan saya akan pulang ke kampung. Saya akan
berusaha menyelesaikan kerja yang ada secepat yang mungkin untuk saya pulang ke
rumah. Saya sayang keluarga saya kerana mereka sentiasa ada bersama saya ketika
saya memerlukan mereka.