Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim
(2019), terdapat pelbagai cabang media sosial antaranya ialah Instagram. Media soasial bukan perkara
yang negatif jika digunakan dengan cara yang betul. Oleh itu, jika kita menggunakan dengan cara yang betul beberapa manfaat yang kita
perolehi daripada Instagram ialah
kita dapat mempelajari cara menonton video dan menonton cerita pendek pengguna Instagram lain. Selain itu, Instagram juga memberi peluang kepada
pengguna untuk memberitahu kepada umum tentang aktiviti harian mereka. Malah,
pengguna juga dapat mempelajari kemahiran dan benda baharu. Menurut kajian yang
dijalankan oleh Sebah Al-Ali (2014) dan Normaliza Abd Rahim dan Nur Maisarah
(2016), Instagram berupaya
meningkatkan penggunaan teknologi pada masa kini. Selain itu, menurut Normaliza
Abd Rahim dan Nur Maisarah (2016) dan Bell (2013), pelajar juga bermotivasi
dalam mempelajari kemahiran baharu dan berkongsi pengetahuan mereka. Bagi
pengajar, mereka dapat mencipta sukatan pelajaran baharu dan membenarkan
pelajar menggunakan teknologi dalam berkongsi pengetahuan dengan cara yang
positif dalam sesuatu video. Perkara ini akan menyumbang kepada penggunaan Instagram dengan cara yang betul.
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019).
Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.
No comments:
Post a Comment