Thursday 5 March 2020

ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA



Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), asas grafik merupakan perkara asas yang penting untuk sesiapa sahaja yang ingin mempelajari mengenai grafik. Terdapat lima elemen dalam asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

1. Mudah bermaksud mesej sesatu foto atau video yang diambil mudah difahami oleh seseorang tanpa sebarang kekeliruan. Gambar dibawah jelas menunjukkan mesej yang ingin disampaikan ialah permandangan di tepi pantai.

2. Warna pula merujuk kepada penggunaan atau kombinasi warna yang digunakan sesuai untuk menggambarkan mesej. Satu gambar sewajarnya mempunyai tidak lebih daripada tiga warna. Gambar dibawah menunjukkan warna yang dihunakan tidak terlalu banyak dan agak menarik.

3. Teks pula merujuk kepada jenis dan saiz font yang dipilih untuk memaparkan grafik. Kadungan dalam teks juga penting untuk mewujudkan pemahaman tetang grafik tersebut.

4. Kesesuaian pula memperlihatkan latar dalam sesuatu grafik berseuaian. Latar yang dimaksudkan adalah seperti latar tempat, latar masa, dan latar watak. Barangan yang digunakan sesuai dan menggambarkan suasana di ruang tamu.

5. Kesimbangan merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah seharusnya seimbang. Jenis tulisan dan font yang digunakan seimbang dengan grafik yang dipaparkan




Sesuatu grafik sekurang-kurangnya mempunyai dua elemen asas grafik ini. Pemahaman tentang asas grafik adalah penting dalam menyampaikan mesej dalam sesuatu grafik. Antara kepentingan asas grafik ialah supaya sesuatu grafik itu menarik, mudah difahami, mesej yang ingin disampaikan digambarkan dan difahami, ketara memaparkan mesej tanpa kekeliruan dan untuk mempromosikan sesuatu barangan.


Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

No comments:

Post a Comment