Thursday 5 March 2020

Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
Stategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik
Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Strategi Pampasan
3. Parafrasa (Cricumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Pestrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabagsaan
10.Pertukaran kod
11.Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling
Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)

Rajah 7: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

            Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat tiga bahagian dalam strategi komunikasi yang dikemukakan oleh Dornyei & Scott (1997) iaitu stategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Seterusnya, 12 taksonomi dibahagikan didalam bahagian tersebut iaitu peninggalan mesej dan pengelakan topik dibahagian pertama, parafrasa, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, cipta perkataan baharu, pestrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabagsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling di bahagian kedua dan penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda di bahagian ketiga.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.





No comments:

Post a Comment