Tuesday 10 March 2020

BBM3410Satu2020: Asas Fotografik


Bulan production youtube channel - https://www.youtube.com/watch?v=5CjHzMnGR1U

Asas fotografi yang terdapat dalam video di atas ialah:

1.Siluet iaitu gambar berbentuk gelap dan garis besar seseorang atau sesuatu yang kelihatan dalam cahaya terhad terhadap latar belakang yang lebih cerah atau ketika suasana hampir malam.

2.Kabur ialah gambar yang mempunyai latar belakang yang kabur. Kekaburan ini dibuat supaya gambar lebih focus kepada gambar yang ingin ditonjolkan.

3.Pendua merejuk kepada gambar yang diambil dengan pantulan dari cermin, air atau apa jua yang boleh memberikan dua gambar yang sama.

4.Over the shoulder ialah gambar yang diambil dari sudut pandangan bahu seseorang sama ada dari tengah, kanan dan kiri bahu.

5. Bird’s eye view pula gambar yang diambil seolah-olah dari sudut pandangan burung iaitu dari tempat yang tinggi.


6.Bayang pula gambar yang diambil daripada bayang-bayang seseorang atau benda ketika dibawah sesuatu cahaya.


No comments:

Post a Comment