Monday 23 March 2020

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG


Prof like ig woii spe x suka. . hihi nii lah prof kami.

BBM3410Satu2020: SIMPULAN BAHASA





MAKNA SIMPULAN BAHASA
1.📍Tangkai jering (org kedekut)
2.📍Pasang telinga (curi-curi dengar)
3.📍Kaki judi (orang yang suka berjudi) 
4.📍angkat kaki (meninggalkan tempat dengan tergesa-gesa)
5.📍Pening lalat  (berasa pening sedikit
6.📍Angkat sumpah (pengakuan dengan bersumpah)
7.📍Buku lima (penumbuk) 
8.📍Darah daging (anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri)
9.📍otak cair (cerdik)
10. 📍 Hancur hati (terlalu sedih)

Tuesday 10 March 2020

BBM3410Satu2020: Asas Fotografik


Bulan production youtube channel - https://www.youtube.com/watch?v=5CjHzMnGR1U

Asas fotografi yang terdapat dalam video di atas ialah:

1.Siluet iaitu gambar berbentuk gelap dan garis besar seseorang atau sesuatu yang kelihatan dalam cahaya terhad terhadap latar belakang yang lebih cerah atau ketika suasana hampir malam.

2.Kabur ialah gambar yang mempunyai latar belakang yang kabur. Kekaburan ini dibuat supaya gambar lebih focus kepada gambar yang ingin ditonjolkan.

3.Pendua merejuk kepada gambar yang diambil dengan pantulan dari cermin, air atau apa jua yang boleh memberikan dua gambar yang sama.

4.Over the shoulder ialah gambar yang diambil dari sudut pandangan bahu seseorang sama ada dari tengah, kanan dan kiri bahu.

5. Bird’s eye view pula gambar yang diambil seolah-olah dari sudut pandangan burung iaitu dari tempat yang tinggi.


6.Bayang pula gambar yang diambil daripada bayang-bayang seseorang atau benda ketika dibawah sesuatu cahaya.


Thursday 5 March 2020

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK


ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA



Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), asas grafik merupakan perkara asas yang penting untuk sesiapa sahaja yang ingin mempelajari mengenai grafik. Terdapat lima elemen dalam asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

1. Mudah bermaksud mesej sesatu foto atau video yang diambil mudah difahami oleh seseorang tanpa sebarang kekeliruan. Gambar dibawah jelas menunjukkan mesej yang ingin disampaikan ialah permandangan di tepi pantai.

2. Warna pula merujuk kepada penggunaan atau kombinasi warna yang digunakan sesuai untuk menggambarkan mesej. Satu gambar sewajarnya mempunyai tidak lebih daripada tiga warna. Gambar dibawah menunjukkan warna yang dihunakan tidak terlalu banyak dan agak menarik.

3. Teks pula merujuk kepada jenis dan saiz font yang dipilih untuk memaparkan grafik. Kadungan dalam teks juga penting untuk mewujudkan pemahaman tetang grafik tersebut.

4. Kesesuaian pula memperlihatkan latar dalam sesuatu grafik berseuaian. Latar yang dimaksudkan adalah seperti latar tempat, latar masa, dan latar watak. Barangan yang digunakan sesuai dan menggambarkan suasana di ruang tamu.

5. Kesimbangan merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah seharusnya seimbang. Jenis tulisan dan font yang digunakan seimbang dengan grafik yang dipaparkan




Sesuatu grafik sekurang-kurangnya mempunyai dua elemen asas grafik ini. Pemahaman tentang asas grafik adalah penting dalam menyampaikan mesej dalam sesuatu grafik. Antara kepentingan asas grafik ialah supaya sesuatu grafik itu menarik, mudah difahami, mesej yang ingin disampaikan digambarkan dan difahami, ketara memaparkan mesej tanpa kekeliruan dan untuk mempromosikan sesuatu barangan.


Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)



Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati
daripada topik /tema suatu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan,
isi penutup dan kesimpulan
Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
Rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)

            Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Struktur Makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik /tema suatu teks. Superstruktur pila merupakan kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi penutup dan kesimpulan. Struktur Mikro pula makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.



Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
Stategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik
Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Strategi Pampasan
3. Parafrasa (Cricumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Pestrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabagsaan
10.Pertukaran kod
11.Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling
Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)

Rajah 7: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

            Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat tiga bahagian dalam strategi komunikasi yang dikemukakan oleh Dornyei & Scott (1997) iaitu stategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Seterusnya, 12 taksonomi dibahagikan didalam bahagian tersebut iaitu peninggalan mesej dan pengelakan topik dibahagian pertama, parafrasa, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, cipta perkataan baharu, pestrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabagsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling di bahagian kedua dan penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda di bahagian ketiga.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.





MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM




Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat pelbagai cabang media sosial antaranya ialah Instagram. Media soasial bukan perkara yang negatif jika digunakan dengan cara yang betul. Oleh itu, jika kita menggunakan dengan cara yang betul beberapa manfaat yang kita perolehi daripada Instagram ialah kita dapat mempelajari cara menonton video dan menonton cerita pendek pengguna Instagram lain. Selain itu, Instagram juga memberi peluang kepada pengguna untuk memberitahu kepada umum tentang aktiviti harian mereka. Malah, pengguna juga dapat mempelajari kemahiran dan benda baharu. Menurut kajian yang dijalankan oleh Sebah Al-Ali (2014) dan Normaliza Abd Rahim dan Nur Maisarah (2016), Instagram berupaya meningkatkan penggunaan teknologi pada masa kini. Selain itu, menurut Normaliza Abd Rahim dan Nur Maisarah (2016) dan Bell (2013), pelajar juga bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan berkongsi pengetahuan mereka. Bagi pengajar, mereka dapat mencipta sukatan pelajaran baharu dan membenarkan pelajar menggunakan teknologi dalam berkongsi pengetahuan dengan cara yang positif dalam sesuatu video. Perkara ini akan menyumbang kepada penggunaan Instagram dengan cara yang betul.

Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.


RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia.




Genre pengajian kesusasteraan yang dikaji ialah puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Peratusan yang paling tinggi bagi kesemua genre ialah cerpen pendek. Responden menyatakan blog merupakan medium terbaik untuk menulis cerpen pendek. Selain itu, cerpen pendek juga dapat meningkatkan kemahiran menulis serta cerpen pendek senang untuk ditulis maka penyampaian yang disampaikan dalam cerita akan difahami oleh pembaca. Disamping itu, cerpen pendek juga dapat meningkatkan daya berimaginasi dan meningkatkan motovasi dalam penulisan.


Penulisan blog juga digunakan sebagai alat dalam pembelajaran Bahasa. Terdapat tiga jenis pembelajaran Bahasa iaitu penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis (teka-teki). Peratusan yang paling tingggi bagi responden lelaki ialah melakukan pemikiran kritis. Hal ini kerana, responden lelaki lebih berminat dalam membuat dan menjawab teka-teki. Mereka menjadi teruja untuk menyelesaikan teka-teki dalam blog mereka. Responden wanita pula lebih berminat dalam meluahkan perasaan. Hal ini keran wanita lebih bersifat sentimental. Mereka menjadikan bloh sebagai medium untuk meluahkan perasaan. Selain itu. Mereka juga berpandangan blog akan mendedahkan mereka kepada perkara peribadi seseorang. Mereka suka membaca dan ingin mengetahui apa yang dirasai oleh rakan mereka. Responden lelaki lebih suka untuk berkongsi tetang bola sepak sahaja.


Akhir sekali, penulisan blog membantu di dalam proses pembelajaran teknologi. Terdapat tiga jenis perkara yang melibatkan teknologi di dalam blog iaitu video, audio dan gambar. 100% responden lelaki dan perempuan suka memasukkan video dan audio di dalam blog. Video yang mereka masukkan ialah melibatkan klip video dan dokumentari. Mereka teruja untuk menyiarkan klip video di dalam blog mereka. Manakala bagi audio pula mereka lebih suka menyenaraikan lagu yang mereka suka. Mereka meletakkan audio senarai main lagu untuk memudahkan mereka merombak dan memilih lagu yang mereka mahu. Mereka lebih suka lagu sentimental.

Rujukan

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.