CERITA
SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2
Antara nilai yang terdapat dalam Cerita Sosial 2:
1.
Menjaga
kebersihan
2.
Berkongsi
rezeki
3.
Tolong
menolong
4.
Mengucapkan
terima kasih
5.
Berbuat
baik dengan jiran
6.
Mendoakan
kesihatan dan kesejahteraan
BUKTI:
Kesemua nilai-nilai ini terdapat dalam cerita sosial 2
yang boleh dicontohi. Pertama, kita seharusnya menjaga kebersihan dengan
membuang sampah di tempat yang sepatutnya. Kedua, kita haruslah berkongsi
rezeki dengan orang lain kerana didalam rezeki kita pasti ada rezeki orang
lain. Ketiga, kita haruslah saling tolong menolong tidak kira antara keluarga
atau pun orang lain. Keempat, kita haruslah mengamalkan adab mengucapkan terima
kasih apabila seseorang melakukan kebaikan kepada kita. Kelima, kita haruslah
berbuat baik kepada jiran kerana jiran akan membantu kita ketika kita dalam
kesusahan. Yang terakhir, kita haruslah mendoakan kesihatan dan kesejahteraan sesama
manusia.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.
No comments:
Post a Comment