Menulis cerita secara
individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan.
Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga
bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisnnya telah membuat mereka keberatan
menulis. (Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka
penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka focus pada proses pembelajaran
bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi
mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses
pembelajaran. (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Menurut
Normaliza Abd Rahim (2014, penulisan cerita akan memberi kesan bersar dalam
proses penulisan seseorang pelajar. Hal ini kerana apabila seseorang pelajar
menulis cerita mereka secara tidak langsung mengasah bakat mereka dalam bidang
penulisan. Sebagai contoh, pelajar menggunakan media sosial seperti twitter
untuk bercerita. Media sosial seperti ini akan membentuk keyakinan pelajar
untuk berkongsi cerita dengan orang ramai. Selain itu juga, semasa proses
penulisan terdapat juga beberapa cabaran yang di hadapi oleh seseorang penulis,
antaranya ialah kurang keyakinan semasa menulis dan bersikap negatif apabila
orang lain membaca hasil penulisan. Cabaran-cabaran ini telah menjadi punca
kurangnya penulisan yang dihasilkan oleh pelajar.
Menurut
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017) pula, pelajar lebih suka
penglibatan terus kerana mereka akan lebih fokus pada proses pembelajaran
bahasa. Hal ini kerana penglibatan secara terus akan mengelakkan salah faham
dan untuk mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. Sebagai contoh, apabila
seseorang pelajar mengalami kekeliruan semasa belajar pelajar akan terus
bertanya dan akan mengurangkan salah faham semasa pembelajaran. Bagi seseorang
pelajar belajar secara terus tidak akan membosankan apabila terdapat amali yang
dilakukan di dalam kuliah. Amali juga salah satu pelajaran yang mengasah bakat
pelajar dalam sesuatu bidang. Pembelajaran secara terus lebih digemari atas
beberapa faktor yang memberi kesan kepada pelajar itu sendiri.
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019).
Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.
No comments:
Post a Comment