Bahagian A
Bahagian B
Rule of Thirds ialah teknik fotografi yang paling asas
dan penting dalam menghasilkan sebuah gambar atau foto yang menarik. Rule of
thirds penting bagi meningkatkan teknik komposisi dan bagi memastikan imej
dalam gambar adalah seimbang. Pada masa kini, semua telefon bimbit mempunyai
kamera dan paparan LCD yang mempunyai grid. Grid digunakan untuk mengenal pasti
empat bahagian penting dalam imej. Empat garis ini juga berguna untuk elemen
dalam foto. Hal ini akan memudahkan seseorang untuk menggunakan teknik rule of
thirds ketika melakukan fotografi. Pemidang titik dalam paparan LCD yang
digunakan dapat membantu seseorang untuk memastikan imej berada di titik yang
sepatutnya. Penggunaan Rule of Thirds adalah lebih berbaloi berbanding perlu
menghadap skrin komputer terlalu lama untuk mengolah sesuatu foto yang telah
diambil. Individu perlu memikirkan unsur-unsur gambar yang paling signifikan
untuk dijadikan fokus dalam foto dan cuba meletakannya dekat garisan dan
persimpangan grid. Sebagai contohnya, jikalau gambar manusia ialah unsur paling
penting dalam gambar, maka letakkan kedudukan manusia pada garisan dan
persimpangan grid tersebut. Dalam hal ini, individu mungkin perlu bergerak
untuk mendapatkan komposisi yang terbaik dan memuaskan. Rule of thirds
tidak digunakan dalam semua situasi kerana kadangkala foto yang lebih menarik
boleh dihasilkan.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Multimedia dalam Bahasa.
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
No comments:
Post a Comment