LATIHAN BAB 1
Thursday, 30 April 2020
CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2
CERITA
SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2
Antara nilai yang terdapat dalam Cerita Sosial 2:
1.
Menjaga
kebersihan
2.
Berkongsi
rezeki
3.
Tolong
menolong
4.
Mengucapkan
terima kasih
5.
Berbuat
baik dengan jiran
6.
Mendoakan
kesihatan dan kesejahteraan
BUKTI:
Kesemua nilai-nilai ini terdapat dalam cerita sosial 2
yang boleh dicontohi. Pertama, kita seharusnya menjaga kebersihan dengan
membuang sampah di tempat yang sepatutnya. Kedua, kita haruslah berkongsi
rezeki dengan orang lain kerana didalam rezeki kita pasti ada rezeki orang
lain. Ketiga, kita haruslah saling tolong menolong tidak kira antara keluarga
atau pun orang lain. Keempat, kita haruslah mengamalkan adab mengucapkan terima
kasih apabila seseorang melakukan kebaikan kepada kita. Kelima, kita haruslah
berbuat baik kepada jiran kerana jiran akan membantu kita ketika kita dalam
kesusahan. Yang terakhir, kita haruslah mendoakan kesihatan dan kesejahteraan sesama
manusia.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.
RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)
Rule of Thirds ketika swafoto seseorang akan melihat pemidang titik
atau dalam paparan LCD untuk merangka paparan. Pada masa kini grid sudah ada di
telefon pintar yang membolehkan seseorang mengambil swafoto dengan lebih yakin.
Grid akan mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej dan titik akan
diletakkan untuk membingkai imej. Hal ini akan menjadikan swafoto yang di ambil
menarik dan cantik.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Multimedia dalam Bahasa.
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Wednesday, 29 April 2020
BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Wacana dan Strategi Komunikasi
Minggu 5
BAHAGIAN A
BAHAGIAN B
BAHAGIAN A
NAMA: NOOR IZZATI BINTI SAMAH
NO. MATRIK: 197684
STRATEGI KESOPANAN
STRATEGI
KESOPANAN
|
|
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar
sini….
Berikan
saya bakul besar itu.
Lampu
itu berwarna hijau.
Jemput
masuk.
Jemput
makan
|
Kesopanan Positif
Contoh:
Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh
saya pinjam serratus ringgit?
Saya
ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.
|
Kesopanan Negatif
Mungkin
dia yang mengambil kotak itu, mungkin!
Tolong
berikan saya pinggan putih itu.
Kalau
begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang
botok kosong merata-rata tidak dibenarkan.
|
Off-record
Wah,
semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal
betul harga kasut di sini.
Cantik
baju kamu.
|
Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown &
Levinson (1987)
Rujukan
Normaliza Abd
Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala
Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
CERITA SOSIAL 2
Bapa
Alim baru sahaja pulang dari pasar tani. Bapa Alim membawa pulang buah-buahan
tempatan. Bapa Alim tahu Alim sekeluarga menyukai buah-buahan tempatan. Ketika
menjamu selera ibu memberikan bakul sampah yang telah disediakan untuk meletakkan
semua sampah. Ibu Alim tidak mahu rumahnya kotor dan bersepah. Ketika sedang
makan Alim teringat akan kawannya Sulaiman. Alim ingin memberi sedikit
buah-buahan itu kepada Sulaiman. Alim ingat pesanan ibunya untuk selalu
berkongsi keran berkongsi sesuatu perbuatan baik. Ibu Alim gembira kerana Alim
ingat pesanan, Ibu Alim memasukkan buah rambutan dan manggis ke dalam plastik
untuk diberi kepada Sulaiman. Sulaiman yang mendapat buah daripada Alim berasa
sungguh gembira.
Selesai
makan, mereka sama-sama membersihkan rumah. Ketika Alim ingin membuang sampah
dia terserempak dengan mak Sulaiman iaitu Mak Cik Timah. Mak Cik Timah
mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi buah dan baik dengan
Sulaiman. Mak cik Timah berasa terharu kerana Alim baik dengan Sulaiman dan
keluarganya. Mak cik Timah menyatakan Alim merupakan anak yang baik. Alim
berkata dia suka berkawan dengan Sulaiman dan berkongsi adalah perbuatan yang
baik.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: UMT Publisher.
BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa
Minggu 5
Bahagian A
Bahagian B
Bahagian A
Bahagian B
Rule of Thirds ialah teknik fotografi yang paling asas
dan penting dalam menghasilkan sebuah gambar atau foto yang menarik. Rule of
thirds penting bagi meningkatkan teknik komposisi dan bagi memastikan imej
dalam gambar adalah seimbang. Pada masa kini, semua telefon bimbit mempunyai
kamera dan paparan LCD yang mempunyai grid. Grid digunakan untuk mengenal pasti
empat bahagian penting dalam imej. Empat garis ini juga berguna untuk elemen
dalam foto. Hal ini akan memudahkan seseorang untuk menggunakan teknik rule of
thirds ketika melakukan fotografi. Pemidang titik dalam paparan LCD yang
digunakan dapat membantu seseorang untuk memastikan imej berada di titik yang
sepatutnya. Penggunaan Rule of Thirds adalah lebih berbaloi berbanding perlu
menghadap skrin komputer terlalu lama untuk mengolah sesuatu foto yang telah
diambil. Individu perlu memikirkan unsur-unsur gambar yang paling signifikan
untuk dijadikan fokus dalam foto dan cuba meletakannya dekat garisan dan
persimpangan grid. Sebagai contohnya, jikalau gambar manusia ialah unsur paling
penting dalam gambar, maka letakkan kedudukan manusia pada garisan dan
persimpangan grid tersebut. Dalam hal ini, individu mungkin perlu bergerak
untuk mendapatkan komposisi yang terbaik dan memuaskan. Rule of thirds
tidak digunakan dalam semua situasi kerana kadangkala foto yang lebih menarik
boleh dihasilkan.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Multimedia dalam Bahasa.
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini
Minggu 5 (Bahagian B)
Menulis cerita secara
individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan.
Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga
bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisnnya telah membuat mereka keberatan
menulis. (Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka
penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka focus pada proses pembelajaran
bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi
mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses
pembelajaran. (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Menurut
Normaliza Abd Rahim (2014, penulisan cerita akan memberi kesan bersar dalam
proses penulisan seseorang pelajar. Hal ini kerana apabila seseorang pelajar
menulis cerita mereka secara tidak langsung mengasah bakat mereka dalam bidang
penulisan. Sebagai contoh, pelajar menggunakan media sosial seperti twitter
untuk bercerita. Media sosial seperti ini akan membentuk keyakinan pelajar
untuk berkongsi cerita dengan orang ramai. Selain itu juga, semasa proses
penulisan terdapat juga beberapa cabaran yang di hadapi oleh seseorang penulis,
antaranya ialah kurang keyakinan semasa menulis dan bersikap negatif apabila
orang lain membaca hasil penulisan. Cabaran-cabaran ini telah menjadi punca
kurangnya penulisan yang dihasilkan oleh pelajar.
Menurut
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017) pula, pelajar lebih suka
penglibatan terus kerana mereka akan lebih fokus pada proses pembelajaran
bahasa. Hal ini kerana penglibatan secara terus akan mengelakkan salah faham
dan untuk mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. Sebagai contoh, apabila
seseorang pelajar mengalami kekeliruan semasa belajar pelajar akan terus
bertanya dan akan mengurangkan salah faham semasa pembelajaran. Bagi seseorang
pelajar belajar secara terus tidak akan membosankan apabila terdapat amali yang
dilakukan di dalam kuliah. Amali juga salah satu pelajaran yang mengasah bakat
pelajar dalam sesuatu bidang. Pembelajaran secara terus lebih digemari atas
beberapa faktor yang memberi kesan kepada pelajar itu sendiri.
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019).
Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.
BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)
Minggu 5
haiii semua...
meh nak cerita sikit apa yang heboh sekarang..
nakk cerita yang lebih lanjutt??
jom tengok kt twitter nii..
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019).
Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.
Sunday, 26 April 2020
Tajuk. TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA
BAB 1 PEKAKA BERCERITA: ANIMASI DAN LAGU CERITA RAKYAT MELAYU
BAB 2 KONFLIK NILAI MELALUI TEKNOLOGI ANIMASI
MARKAH
BAB 2 KONFLIK NILAI MELALUI TEKNOLOGI ANIMASI
MARKAH
Subscribe to:
Posts (Atom)