Monday, 23 March 2020

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG


Prof like ig woii spe x suka. . hihi nii lah prof kami.

BBM3410Satu2020: SIMPULAN BAHASA





MAKNA SIMPULAN BAHASA
1.📍Tangkai jering (org kedekut)
2.📍Pasang telinga (curi-curi dengar)
3.📍Kaki judi (orang yang suka berjudi) 
4.📍angkat kaki (meninggalkan tempat dengan tergesa-gesa)
5.📍Pening lalat  (berasa pening sedikit
6.📍Angkat sumpah (pengakuan dengan bersumpah)
7.📍Buku lima (penumbuk) 
8.📍Darah daging (anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri)
9.📍otak cair (cerdik)
10. 📍 Hancur hati (terlalu sedih)

Tuesday, 10 March 2020

BBM3410Satu2020: Asas Fotografik


Bulan production youtube channel - https://www.youtube.com/watch?v=5CjHzMnGR1U

Asas fotografi yang terdapat dalam video di atas ialah:

1.Siluet iaitu gambar berbentuk gelap dan garis besar seseorang atau sesuatu yang kelihatan dalam cahaya terhad terhadap latar belakang yang lebih cerah atau ketika suasana hampir malam.

2.Kabur ialah gambar yang mempunyai latar belakang yang kabur. Kekaburan ini dibuat supaya gambar lebih focus kepada gambar yang ingin ditonjolkan.

3.Pendua merejuk kepada gambar yang diambil dengan pantulan dari cermin, air atau apa jua yang boleh memberikan dua gambar yang sama.

4.Over the shoulder ialah gambar yang diambil dari sudut pandangan bahu seseorang sama ada dari tengah, kanan dan kiri bahu.

5. Bird’s eye view pula gambar yang diambil seolah-olah dari sudut pandangan burung iaitu dari tempat yang tinggi.


6.Bayang pula gambar yang diambil daripada bayang-bayang seseorang atau benda ketika dibawah sesuatu cahaya.


Thursday, 5 March 2020

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK


ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA



Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), asas grafik merupakan perkara asas yang penting untuk sesiapa sahaja yang ingin mempelajari mengenai grafik. Terdapat lima elemen dalam asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

1. Mudah bermaksud mesej sesatu foto atau video yang diambil mudah difahami oleh seseorang tanpa sebarang kekeliruan. Gambar dibawah jelas menunjukkan mesej yang ingin disampaikan ialah permandangan di tepi pantai.

2. Warna pula merujuk kepada penggunaan atau kombinasi warna yang digunakan sesuai untuk menggambarkan mesej. Satu gambar sewajarnya mempunyai tidak lebih daripada tiga warna. Gambar dibawah menunjukkan warna yang dihunakan tidak terlalu banyak dan agak menarik.

3. Teks pula merujuk kepada jenis dan saiz font yang dipilih untuk memaparkan grafik. Kadungan dalam teks juga penting untuk mewujudkan pemahaman tetang grafik tersebut.

4. Kesesuaian pula memperlihatkan latar dalam sesuatu grafik berseuaian. Latar yang dimaksudkan adalah seperti latar tempat, latar masa, dan latar watak. Barangan yang digunakan sesuai dan menggambarkan suasana di ruang tamu.

5. Kesimbangan merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah seharusnya seimbang. Jenis tulisan dan font yang digunakan seimbang dengan grafik yang dipaparkan




Sesuatu grafik sekurang-kurangnya mempunyai dua elemen asas grafik ini. Pemahaman tentang asas grafik adalah penting dalam menyampaikan mesej dalam sesuatu grafik. Antara kepentingan asas grafik ialah supaya sesuatu grafik itu menarik, mudah difahami, mesej yang ingin disampaikan digambarkan dan difahami, ketara memaparkan mesej tanpa kekeliruan dan untuk mempromosikan sesuatu barangan.


Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)



Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati
daripada topik /tema suatu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan,
isi penutup dan kesimpulan
Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
Rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)

            Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Struktur Makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik /tema suatu teks. Superstruktur pila merupakan kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi penutup dan kesimpulan. Struktur Mikro pula makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.