CERITA SOSIAL 5
Berdasarkan cerita sosial lima, terdapat beberapa
nilai yang diperolehi. Nilai yang pertama ialah membaca buku. Alim suka membaca
buku dan menyimpannya dengan tersusun mengikut abjad. Alim akan membaca buku
pada waktu petang dan malam. Amalan membaca buku ini seharusnya dicontohi oleh
setiap orang kerana membaca akan menambahkan ilmu pengetahuan seseorang.
Nilai kedua yang diperolehi daripada cerita sosial
lima ialah berkongsi dengan orang lain. Dalam cerita tersebut Alim berkongsi buku
ceritanya dengan Sulaiman. Sulaiman merupakan jiran Alim. Alim sering berkongsi
apa-apa sahaja dengan jirannya itu. Sikap Alim yang sering berkongsi haruslah
dicontohi supaya semua orang dapat merasa apa yang kita rasa dan perolehi.
Nilai ketiga yang terdapat dalam cerita ialah kasih
sayang. Dalam cerita ini nilai kasih sayang dapat dilihat daripada keluarga
Alim apabila Alim jatuh sakit. Ibu dan bapa Alim membawanya ke klinik dan adik
beradiknya sedih melihat Alim sakit. Nilai kasih sayang ini wajar dicontohi
bagi mengeratkan hubungan sesama makhluk.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.
No comments:
Post a Comment