Thursday 4 June 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4


CERITA SOSIAL 4



CERITA SOSIAL 4
Berdasarkan cerita sosial empat, terdapat beberapa nilai yang diperolehi. Nilai yang pertama ialah berkongsi rezeki dengan orang lain. Dalam cerita tersebut Alim berkongsi kek cawan hari lahirnya bersama kawan-kawannya. Nilai berkongsi antara satu sama lain haruslah dicontohi supaya rezeki yang diperolehi diberkati.

Nilai kedua yang diperolehi daripada cerita sosial empat ialah hormat pada orang. Dalam cerita tersebut cikgu Anis mengajar anak muridnya supaya hormat pada orang itu. Kita haruslah hormat kepada orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka lebih berpengalaman daripada kita.

Nilai ketiga yang terdapat dalam cerita ialah mengucapkan terima kasih. Dalam cerita tersebut cikgu Anis mengajar Alim untuk mengucapkan terima kasih. Nilai ini diamalkan oleh Alim dan rakan-rakannya. Rakan-rakan Alim mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi kek cawan kepada mereka. Nilai ini wajar dicontohi kerana menonjolkan sikap sopan dalam diri.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.



No comments:

Post a Comment