Friday 17 July 2020

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG


BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

haii semua. .ok memandangkan tahun 2020 dah sampai pertengahan tahun jadi kita buatlah kalendar 2021. ok nak buat mestilah ada beberapa proses iaitu:

Benda pertama yang perlu ada ialah apps untuk edit jadi apps yang digunakan ialah Adobe Photoshop 2020. Selepas itu, nak buat kalendar mestilah ada kalendar jadi kita kena cari kalendar yang ada kt google sama ada kalendar kuda ataupun kalendar biasa yang lengkap tapi takde kuda. .hihi.

MUKA DEPAN KALENDAR 2021.

Dalam muka depan perlu ada latar belakang, tajuk kalendar iaitu KALENDAR 2021, gambar kita atau keluarga atau kawan, nama, number matrik, nama pensayrah dan subjek.

Untuk kalender bulan 1-12 yang perlu ada pada kalendar ialah latar belakang, bulan berapa (cth-JANUARI), gambar, kata-kata hikmat dan yang paling penting kena ada kalendar.

JANUARI 2021

FEBRUARI 2021

 MAC 2021

 APRIL2021

 MEI 2021

JUN 2021

 JULAI 2021

 OGOS 2021

SEPTEMBER 2021

 OKTOBER 2021

 NOVEMBER 2021

DISEMBER 2021

Thursday 18 June 2020

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER


PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

1. Kajian Twitter adalah untuk menganal pasti penggunaan twitter dalam kalangan pengguna talian manakala kajian Facebook adalah untuk meneroka penggunaan media sosial Facebook dalam kelas dan kesan pembelajaran bahasa.

2. Responden Twitter dipilih secara rambang iaitu pelajar universiti, pekerja, organisasi dan persatuan manakala kajian Facebook hanya melibatkan pelajar di 13 buah sekolah di negeri Terengganu.

3. Hasil kajian Twitter menunjukkan Twitter mudah untuk diakses, pantas, efisyen dan membekalkan informasi terkini manakala Facebook menunjukkan Facebook merupakan alat yang berkesan untuk interaksi pelajar.

4. Twitter digunakan sebagai medium untuk mendapatkan maklumat yang terkini manakala Facebook sebagai medium untuk komunikasi dan penglibatan yang lebih meluas dalam pembelajaran.

5.Kajian Twitter didapati membantu pengguna Twitter menggunakannya dengan betul manakala Fcebook mampu menanam sifat berani pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.


MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)


logo ini dicipta menggunakan bentuk hati untuk menunjukkan kasih sayang yang ada dalam setiap keluarga. logo ini juga menunjukkan tangan yang saling berpegangan yang menampakkan nilai kerjasama dalam keluarga.

KELUARGA

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.





PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN



 Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Thursday 11 June 2020

AKTIVITI IMPLIKASI PEDAGOGI

AKTIVITI IMPLIKASI PEDAGOGI




Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)5


CERITA SOSIAL 5

Berdasarkan cerita sosial lima, terdapat beberapa nilai yang diperolehi. Nilai yang pertama ialah membaca buku. Alim suka membaca buku dan menyimpannya dengan tersusun mengikut abjad. Alim akan membaca buku pada waktu petang dan malam. Amalan membaca buku ini seharusnya dicontohi oleh setiap orang kerana membaca akan menambahkan ilmu pengetahuan seseorang.

Nilai kedua yang diperolehi daripada cerita sosial lima ialah berkongsi dengan orang lain. Dalam cerita tersebut Alim berkongsi buku ceritanya dengan Sulaiman. Sulaiman merupakan jiran Alim. Alim sering berkongsi apa-apa sahaja dengan jirannya itu. Sikap Alim yang sering berkongsi haruslah dicontohi supaya semua orang dapat merasa apa yang kita rasa dan perolehi.

Nilai ketiga yang terdapat dalam cerita ialah kasih sayang. Dalam cerita ini nilai kasih sayang dapat dilihat daripada keluarga Alim apabila Alim jatuh sakit. Ibu dan bapa Alim membawanya ke klinik dan adik beradiknya sedih melihat Alim sakit. Nilai kasih sayang ini wajar dicontohi bagi mengeratkan hubungan sesama makhluk.


Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.